About Me

My photo
Thanks for view my blog since 11 February 2012.

Thursday, August 15, 2013

Life In KMKN

Assalamualaikum w.b.t.

Dah berbulan lamanya meninggalkan dunia blog. Jadi otak pun dah berkarat, tak tahu nak cerita pasal apa. Jadi Amie mulakan cerita Amie dengan lafaz Basmalah ni menceritakan dunia Amie di Kolej Mara Kuala Nerang.



Amie belajar dekat sini untuk tempoh 10 bulan, course FIST UniKl (engineering).Amie mendaftar pada 19 Julai yang lalu. Lepastu macam biasa la, student baru mesti ada orientasi. Kami di sini panggil MSR(minggu silaturahim). Sangat seronok aktiviti sepanjang minggu MSR tu..

Gang MSR
Gang MSR
Da habis MSR apa lagi study la.(ingat nia apa? tempat honeymoon). Subject yang wajib Amie scor adalah: Mathematic(lagi susah dari add. math), Chemistry, Physic and English. Subject lain macam ILS, SCT and ICT. Rasanya tak perlu nak bagi tahu panjang-panjang.


Cerita tentang kawan pulak. Mana-mana tempat kita pergi mesti kita risau pasal kawan. Dekat sini Amie dapat ramai kawan dari merata negeri. Loghat mahupun slanga tak menjadi masalah. (tak paham, tanyala)


Dekat atas ni la kawan bilik Amie. Dari kanan sekali: Afina(perak), Najwa(Kedah[masa ni belum 1 bilik lagi]), Amie, Fanab(Perlis), Nina(Kedah) dan Fatin(Selangor). Dia orang ni semua awesome. Gila-gila, kelakar. Tapi kami bersama tak lama, mereka ni kena pindah Kulim sebab dekat KMKN tu 'padat'. Jadi sempat sebulan je kami bersama. Sepanjang sebulan banyak yang Amie belajar dengan mereka. Ada masa lapang nanti kita jumpa lagi.

Malam Pengumuman barisan MPP
Kawan masih boleh dicari bukan? Ni membuka mata Amie. Bila kita ditempat orang kita jangan la macam kera sumbang. Kita di galakkan bergaul dengan semua. Jadi mari Amie perkenalkan dengan kawan-kawan Amie yang lain.


Tara ni kawan kelas Amie. Masa ni majlis Farewell Nas. Dia nak pindah masuk MAS. Ok saya perkenalkan dari kanan: DIB, Amie, Qarna, Iman, Ayad, Nas, Afiq(superman/man of steel). (baru sikit ni)


InsyaAllah ni kawan Dunia Akhirat. Rakan seperjuangan. Tempat perkongsian rasa gembira serta sedih. Dari kanan: Emi(Melaka), Amie, Thira(Pahang), Qarna(Rembau), Najwa(Kedah) dan Dib(Melaka). Friends until Jannah, InsyaAllah.



Terima kasih kerana sudi berkawan dengan Amie. Tanpa anda semua mesti Amie sunyi. Mandom sahaja..

Ok, sampai disini sajalah entry Amie. Amie pun dah kering Idea. Dah lama tak polish. Dan atas permintaan orang tu.. Kita letak la nama dia dekat sini. Terima kasih KHAIRUL NAZIF kerana menceriakan hari-hari Amie di KMKN. :P..

Sekian, Terima Kasih..

                                                                                                         xoxo by Amie..