About Me

My photo
Thanks for view my blog since 11 February 2012.

Wednesday, February 20, 2013

TIRU!!

Assalamualaikum...

Apa khabar? Budak lepasan SPM macam Amie yang duduk rumah ni dia dah tak ada kerja so, dalam 1 hari boleh 2,3 post entry. Bukan Amie tak buat keje langsung duduk melingkor depan laptop. Amie tolong ibu buat keja-kerja seorang suri rumah tangga juga. Sebab ibu selalu pesan, setinggi mana pelajaran kita orang perempuan ni harus tahu dan reti buat kerja-kerja rumah ni.

Bila duduk bawah ketiak mak kita, macam-macam la yang dibebelkan mak kita kepada kita. Macam Amie, ibu selalu bebel bila Amie bercakap tangan tu mesti nak gerak. Nak jadi macam DOUBLE 'A' ke?
Kenal tak double 'A'? Ala Azwan Ali tu. yang AMBOI AMBOI AMBOI tu. Sebenarnya Amie tak tiru dia okey! Tapi memang dia yang tiru Amie. (hahahahaa). Kelaz tak aku? Double 'A' pon tiru stail aku.

Sebenarnya bukan setakat tangan saja Amie gerakkan kalau bercakap. Amie juga suka membuat mimik muka mengikut dialog yang di lontarkan. Amie sebenarnya gerak mimik muka dan gerak tangan atau bahasa mudah body language tu Amie terpengaruh dengan orang. Amie mudah terpengaruh dengan body language yang ditonjolkan dalam movie atau vlog. Dialog pon sama. (IKUT TREND)

Macam sekarang Amie kalau bercakap mimik muka Amie cenderung jadi macam ala-ala MAT LUTHFI. Kalau bercakap mata, kening, mulut pon gerak macam dia dalam vlog dia la. Amie sebenarnya tak perasan pon. (hahahaa, nak perasan la tu). Amie memang mudah terpengaruh tapi terpengaruh dengan body language bukan life style la.


*anda pula bagaimana?*
                                                                                                    xoxo by Amie

No comments: