About Me

My photo
Thanks for view my blog since 11 February 2012.

Monday, February 25, 2013

Phone Yang Hilang

Assalamualaikum...

Perasan tak sesuatu.. Kalau anda perasan la kan.. Amie tak letak gambar Amie dalam entry KEBANYAKKANNYA KEBANYAKANNYA.. Sebabnya memang bersebab.. Amie tak pakai ada phone..(kuno betol la ko!!!) Sebab Amie tak ada phone sebab nya memang tak ada!! Bukan kena rampas dengan sesiapa(zaman rampasan dah berlalu la derr)

Ni yang nak kena buka sejarah duka ni.. (Tak berniat nak menuduh ataupon menarik simpati orang).. Cerita tu berlaku lagi dua minggu nak SPM..Bermulalah........................................................

Amie dengan M tak da la kawan baik sangat.. Kawan 1 kelas.. Kami dah kenal dari sekolah rendah.. (dari sekolah rendah friend2 tak bermakana nak BFF sangat le).. Jadi Amie ni dah bersatu kelas dengan dia ni dua tahun untuk sekolah menengah(emm kena ke tulis semua ni??? NI SEMUA POYO!!) Amie memang tak sehaluan dengan dia.. (bukan Amie jerasanya yang tak sehaluan dengan dia, rasanya semua... Di ulang lagi sekali!!! RASANYA SEMUA!!)..

Di pendekkan cerita, Amie ni memang la rasanya kita haruslah berbaik dengan semua orang(ni sangsi gila!! aku tak baik dengan semua orang la rasanya???) Amie pon berbaiklah dengan dia dan terima la dia punya perangai seadanya..(tu pon atas nasihat guru kaunselor).. Amie tengok M pon macam nak kawan dan baik dengan Amie..(hehehehe).. 

Dan pada hari yang bersejarah tu.. Pada awalnya dia bertanya dengan Amie adakah Amie membawa HP pada hari itu.. Amie kata Amie bawa lah.. Sebab memang aku bawa phone hari-hari.. (salah guna kuasa seorang pengawas!! x ape masa tu semua murid2 dari yang skema ke kaki rekod disiplin bawa).. Pada masa yang dah di takdirkan itu, dia dengan mimpi apa entah nak duduk sebelah Amie..(sebab dia memang tak pernah nak datang duduk sebelah Amie, so pelik la kan).. Dan dia cakap masa tu nak pinjam PHONE.. Amie yang memang tak syak wasangka (baik tak aku?) memberi tanpa banyak soal..

Masa tu Amie pergi tempat kawan Amie kejap untuk berbincang soalan PHYSIC..(sebenarnya lebih kepada konsep berbincang jawapan bukan soalan ye).. Minit-minit itu terus berlalu dan tetiba si M ni datang dekat kami.. So Amie tanya la mana dia letak PHONE tu? Dia kata bawah meja.. (gila kentang tak?? letak bawah meja.. sebab phone aku tak canggih pon).. Amie pon pergi la sebab nak ambil..

Nak tahu tak apa yang terjadi??? Of coz la phone aku tak ada!!!!

Phone dengan purse aku lesap woooo...(dalam tu ada seringgit dua serta kad pengenalan..) Ok kad pengenalan tu sangat penting (gila x penting masa tu lagi 2 minggu nak exam! Aku tak boleh masuk dewan karang).. Tu aku tanya balik mana phone Amie.. Dia kate dekat bawah meja (ok kalau aku nampak, aku tak tanyala!)

Jadi Amie pon tanya la dekat kawan terdekat.. Dia kata budak tu tak boleh percaya mesti dia yang ambil sebab dia yang pegang (ok itu sangat logic!).. Jadi kawan Amie yang baik si E dan N pergi la geledah tandas (woo terharunya panjat tandas semata-mata nak carikan barang kawan dia) (masa tu aku macam dah separu gila nangis.. Heee).. Tapi hasil pencarian rakan-rakan yang sudi mengorek tong sampah, panjat tandas tu semua macam sia-sia.. Dan segala kekusutan tu berakhir apabila E dan N jumpa purse Amie berendam di dalam pam limpah tandas tu (dia orang panjat paip tau geledah bilik air tu).. Tapi tu la memang tak jumpa sehingga kini..

Masa N bagi purse tu dia kata dia syak M letak dekat tandas sebabab dia pergi tandas sesorang (dia tak pernah pergi tandas mahupun ke sekitar sekolah yang lain sesorang)..

Mesti korang tertanya phone Amie tu canggih ke?? Tak canggih pon.. Nak tengok tak??


Nokia Classic 3500
(tu pon nak curi ke?)

                                                                                               xoxo by Amie



No comments: