About Me

My photo
Thanks for view my blog since 11 February 2012.

Monday, January 28, 2013

Manga & Otaku

Assalamualaikum...

Pernah tak anda mendengar perkataan 'OTAKU'???
Mungkin pernah, mungkin juga tidak. Tetapi bagi peminat anime semestinya perkataan itu tidak asing pada halwa telinga. Kerana itu adalah gelaran kepada mereka yang sememangnya gila anime JEPUN...

Baiklah, mungkin anda dah paham apa itu OTAKU. Amie bukanlah otaku tetapi minat biasa-biasa je. Tak adalah sampai gila nak download semua cerita, beli semua komik dia dan sampai mengumpul cd anime jepun ni yang memang tak ada cetak rompak ye. Sememangnya, cd itu harganya mencecah puluhan ringgit. (saya tak sanggup habiskan duit saya)

Cerita pasal komik jepun atau MANGA, pernahkan anda membaca dan mengikuti perkembangannya? Amie mula diperkenalkan dengan MANGA ni masa Amie darjah 6. Masa tu Amie pinjam kawan Amie punya buku, tajuknya HOT GIMMICK.

Siapa pernah baca? Kalau anda tahu mesti dulu andah pernah dengar istilah ni juga 'NANGENANG-NGENANG'. MAsa zaman kami tu memang toplah komik ni. Memang tak puas baca(jalan ceritanya). Memang kira penangan lah karya AIHARA MIKI tu kat kami bebudak sekolah.



Itulah kesemua 12 koleksi komik HOT GIMMICK. Bagi peminat series manga ni pasti dia memang dah arif dengan watak dalam cerita ni Hatsumi, Ryoki, Azusa tu semualah. Pasti la watak yang paling Amie minat anak si Tachibana ni iaitu Ryoki.

Melangkah ke sekolah menengah, masa Form 2 Amie berjinak semula sebab kami ada geng. Kerjanya pergi sekolah tukar-tukar komik ataupon Magazine Manga. Dah macam gila dah, dengan series anime jepun ni. Sebab yang pastinya, minat dengan lukisan watak. Yang best tu cerita nye kebanyakan(rasa macam semua je) cerita pasal budak sekolah. Memang alam kamilah.

Tapi yang tak sanggup tu untuk memuaskan minat tu, banyak duit habis dohhh. Satu komik paling murah Rm6.50. Adoyai kita orang bukannya loaded so, ada yang sanggup tak makan untuk save duit.

Tu je lah cerita Amie untuk setakat ini.
(sekarang tak payah susah keluar duit, on9 ada. Tapi tak nikmat la)

Bagi yang ingin membaca komik Hot Gimmick ni, Amie sertakan URL untuk membacanya.

(dalam tu pon ada popular Manga yang lain jadi boleh la pergi tengok)

                                                                                                                     xoxo by Amie

No comments: